Hati... [Please listen to the music while reading this]
Wahai hati tenang lah
Seperti tenangnya Ismail ketika pipinya mencecah batu penyembelihan
Kerana seperti Ismail, Tuhan akan menyelamatkan mu
Kerana yakinlah Dia akan menggantikan nyawa mu dengan korban yang agung
Wahai hati tegarlah
Setegar hati tentera Talut ketika kehausan
Nah dihadapan mereka seluas-luas sungai, namun Tuhan mengizinkan minum hanya seteguk
Betapa dengan seteguk air itulah yang membakar Iman dihati mereka untuk menang
Aku tahu wahai hati, soalan mu
Di bahu manakah bakal kucurahkan tangis ini,
Di laut manakah bakal ku layarkan gundah ku ini,
Di gunung manakah bakal ku jeritkan isi ku yang selama ini memamah diri secara perlahan,
Di pohon manakah bakal aku berlindung dari hujan sunyi,
Di pangkuan siapakah tempat aku mengadu ketika terasa seperti seluruh dunia menentang setiap usahaku
Di langit manakah bakal aku berteduh memohon doa kepada-Nya
Wahai Tuhan yang memiliki hati ini
Engkau kurniakan sekelumit rasa buat menguji
Betapa hinanya hamba-MU kerana menangisi takdir-Mu
Tapi hati hamba-Mu ini jauh sekali dari hati seorang insan bernama Ismail
Hati ini cuma hati yang kerdil bersimpuh hina mengemis di hujung rahmat-Mu
Pinta diubati luka yang masih berdarah, Pinta dikurnia barang secarik sayang
Ampun kan lah hati ku yang tak mampu menghadapi ujian-Mu
5 comments:
bahasa yang sangat indah..and meaningful.
well, pandai btol berpuisi..Puitis btol..kalah A.samad Said..
Hati mmg sukar utk dijaga, sukar utk ditafsirkan.dgn kesabaran dan mengingati Dia yg maha kuasa..insyaAllah..hati lebih menjadi Tenang..usah gundah dgn segala musibah..kerana setiap apa yg diduga pasti ada hikmah nya..
Sebesar mana dugaan yg didugaNya, jika kite redha n bersabar dgn ketentuanNya, insyaAllah..mendapat keberkatan..Ingat Dia sentiasa bersama insan2 yg bersamaNya...
Dont be too sad...Frenz alwayz by ur side!! huahauah!!!
Argh!!sukanya poem ni.menjiwai sampai menitiskan air mata...hahhaa...makna yang sungguh mendalam dan menyentuh hati.thanks..it will be my source of inspiration.
alahai..nape sedih2 je ni..be happy..cos ank buah cik tie yg comei is coming soon hehe..
very cool!!..u knoe, bila i bc jer rasa sedih + rsa ketidaksempurnaan masih banyak sangat dalam diri ni, ...serious talk!..i give you 5 star 4 this poem..kalau x cukup star tambah sendiri la nooooo...huhuhuuaaaaaa
Post a Comment