...aku takkan mungkin pulang [Please listen to the music while reading]
Musuh terakhir ku tumpas jua. Betapa angin malam yang membelai medan perang ini terasa panas berbau darah. Ku lihat ke kanan dan ke kiri, tiada lagi teman yang berdiri, habis semua menyembah bumi. Ku pekik kan nama rakan seperjuangan, mengharap ada seorang dua yang masih bertahan, rupa baru aku sedar... di medan ini, aku kini keseorangan.
Nafas ku masih berlari kencang, akibat pertarungan yang baru sudah. Baru ku sedar, seluruh badan ku penuh luka yang parah, keringat di dahiku mencurah-curah, baju ku kini merah dengan darah, kepenatan mencengkam buat ku lemah.
Tiba-tiba terasa sunyinya medan ini, air mata mula mengalir di pipi, terkenangkan teman yang tiada lagi. Pedang yang ku hunus terjatuh dari jari jemari, keletihan memaksa aku berlutut memangku diri. Ingatanku melayang teringat orang yang disayangi.
"Kenapa Abah perlu pergi, Abang janji abang tak notty," kata anak sulungku sepurnama lalu. Ku sedar air matanya mula bertakung, namun sengaja ditahan. Nah, itu lah dia anak pejuang.
"Abah perlu pergi bukan sebab Abang notty, tapi sebab ini tanggungjawab abah,"
"Tangungjawab tu apa abah?" tanya anak bongsu ku pula sambil memeluk teddybear tersayang
"Nanti adik akan faham sendiri apa itu tanggungjawab" kata ku sambil mencium pipi kedua mereka.
Tiba-tiba, bunyi trompet musuh menyentak aku kembali ke medan ini. Nun di kaki langit, beribu jamung dapa kulihat. Rupanya masih ada lagi batalion musuh, mungkin seribu tentera, mungkin dua.
Benak kecil mula berbicara, bukankah senang untuk aku lari sahaja?. Berlari pulang pada Abang dan Adik. Apa yang mampu aku buat di sini? Mana mungkin mampu aku hadapi, tentera beribu bersenjata rapi, sedangkan aku hanya sendiri.
Ya, aku mesti lari. Mungkin kah aku pergi ke utara, ada hutan yang lebat di sana. Mampu aku bertahan sehari dua. Atau aku pergi ke selatan, gunung-gunung nya tinggi mencecah awan. Gua-guanya bersimpang siur. Buat musuh menjadi kabur.
Atau harus kah aku berdiri di sini? Tak putus harap dengan rahmat Ilahi. Hati tak goyah bagai dipatri. Bacul pengecut jauh sekali.
Lalu aku bangun berdiri. Walaupun kepenatan tak tertanggung lagi. Kegenggam kemas pedang di sisi. Sedia untuk perjuangan yang sekian kali.
Hati ku berdoa sepi, "Wahai Tuhan yang nyawaku di tangan, Berdiri nya aku di sini bukan mengharap kemenangan, tapi kerana perintah Mu memberi larangan, Jangan berputus asa di perjuangan"
"Aku takkan berputus harapan, pada Tuhan Yang Maha Penyayang,
Walau pun jantung berombak kencang
Walau pun aku tinggal seorang
Walau pun musuh beribu yang datang
Walau pun nafas ku semakin hilang
Walau pun kepenatan bukan kepalang
Walau pun kelukaan buat ku pincang
Walau pun kerinduan pada Adik dan Abang
Walaupun hari ini...aku takkan mungkin pulang"

3 comments:
Since When U have Two Kids??kuang2...nizee citer...tak sia2 jd CTO..pandai berCerita RupaNya..ahaha..Keep it Up Bro!!!
wah!pham2..sjak pmberi smgt!
Hmmmm.... this seems so familiar. Like what we were talking about the other day...
To give up and not give up... in the end its always you alone in the battlefield.
Well true experience, i'd say never to give up...
Post a Comment