Tuesday, January 01, 2008

Islam dan motivasi untuk membaiki diri

Orang Melayu tak cukup tamak

Itu antara frasa yang sering saya dengar sejak dibangku sekolah lagi. Orang Melayu, atas pengaruh Islam, tidak cukup tamak. Mereka cepat berpuas hati dengan apa yang mereka ada, tak tahu nak rasa tak cukup. Islam seringkali dipersalahkan kerana mengajar 'bersyukur' dan 'berpuas hari dengan nikmat yang ada' sehingga menyebabkan kemunduran muslim rata-rata.

Betapa ceteknya pemikiran kita

Di satu pihak, kita ada muslim yang menyalah tafsirkan (atau tidak cukup mentafsir) sifat bersyukur dan berpuas hati yang dipinta oleh Islam untuk 'justify' sifat malas mereka, di satu pihak lagi kita ada mereka yang menyalahkan Islam atas sifat bersyukur dan berpuas hati ini sehingga hilang motivasi untuk muslim bekerja keras.

Jadi kalau kita mesti berpuas hati dengan nikmat yang ada, what will drive us to do better?

"Ini la orang Islam" rungut seorang sahabat
"Kenapa?" tanya saya
"Tengok orang Jepun, mereka ada konsep Kaizen - constant and never ending improvement. Sentiasa memperbaiki, Islam pulak, asyik-asyik nak suruh 'berpuas hati' suruh bersyukur, kalau dah puas hati, buat apa nak improve, tak de sebab" katanya lagi sambil menggeleng-geleng kepala.

Persoalan ini sebenarnya sudah lama bermain-main dalam benak hati saya, kenapa perlu improve kalau dah berpuas hati. Saya tahu Islam memang menyuruh kita untuk improve tapi , dari satu segi, ia nampak berlawanan dengan 'bersyukur' dan 'berpuas hati'. Di mana jambatan antara dua konsep ini? Cuma semenjak dua ini saya temui jawapannya. Jawapannya ialah: tanggungjawab.

Mudahnya...

Semasa Rasullah hampir wafat, dia tidak mengira pencapaiannya, negeri mana sudah ditakluk, jajahan mana sudah diperbesar, pemimpin mana sudah dipengaruh, harta mana sudah dimiliki. Tetapi, baginda cuma bertanya kepada sahabat, sudahkah baginda selesaikan tanggungjawab baginda, para sahabat semua mengiakan pertanyaan itu.

Sebegitu besar peranan tanggungjawab dalam Islam sehingga Rasulnya pun risau mungkin tanggungjawab tak tertunai.

Jadi what drives muslim to be better? jawapannya tanggungjawab. It is our responsibility to be better, to improve... tak kira lah setakat mana kita berpuas hati dengan nikmat yang ada, tak kiralah setakat mana syukur kita, tapi sudah tanggungjawab muslim itu untuk improve. [In fact, to improve itu adalah satu tanda bersyukur: Rasulullah pernah ditanya isterinya, kenapa dia beribadat sehingga bengkak-bengkak kaki sedangkan dia sudah dijamin syurga - betapa jawab Rusullah, "[Kalau aku sudah dijamin syurga,] tidakkah aku mahu menjadi orang yang bersyukur" ]

Bukankah ada hadis Nabi yang memperkatakan, jika kita hendak menanam benih dan tiba-tiba datang Hari Kiamat, makan tanam juga benih itu. Itu tanggungjawab muslim. Muslim tak perlukan konsep canggih manggih (kaizen, 'tamak' etc.) untuk mamacu dirinya untuk improve, cukup kalau dia sedar improving one self is not a matter of vanity, but a responsibility.

1 comment:

Anonymous said...

Allahumma rahmataka arju fala takilni ila nafsee tharfata 'ain, wa ashlih lee sha'nee kullah, la ilaha illa ant
~Ya Allah, aku memohon dengan rahmatMu, janganlah Kau tinggalkan ku bersama dengan urusanku walaupun sekelip mata, dan permudahkan segala urusanku. Tiada yang layak disembah melainkan Engkau.~