Sunday, January 06, 2008

Secebis kain buruk

[Please listen to the music on your right while reading this ]

Maafkan aku wahai mata
Kerana memaksa mu menahan tangis
Ku tahu sudah bermusim lamanya kau menahan sebak
Namun, terkadang, pipi ini basah jua

Maafkan aku wahai hati
Kerana tak ku tahu ke mana hendak ku lepaskan jeritan mu
Ku tahu deritamu setiap sapaan angin dingin bernama rindu
Kalaulah dunia ini tahu beban yang kau tanggung

Maafkan aku wahai jiwa
Kerana mengurung mu dalam gerimis dingin
Kesejukan menghitung bilah-bilah senja

Maafkan aku wahai Tuhan
Maafkan mataku yang tak mampu lagi menahan tangisnya
Maafkan hatiku yang tak tertahan jeritnya dan rindunya
Maafkan jiwaku yang tak tertahan sunyinya dan dinginnya
Bukan pintaku agar kau ringankan ujian ini
Kerana tidak selayaknya hamba mempersoal takdir-Mu
Apatah lagi, betapa tidak layaknya hamba-Mu ini untuk menerima kasih-Mu
Namun jika ada dihujung-hujung belas ihsan-Mu
Jika ada barang sisa-sisa dari rahmat-Mu
Ku pohon secebis kain buruk buat mengelap tangis ku ini
Secebis kain buruk buat menutup jeritan hatiku
Secebis kain buruk buat selimut ketika dingin rindu mencengkam bisa
Moga diri ini mampu tabah walau buat seketika

2 comments:

Anonymous said...

laaa...ingatkan maafkan aku wahai ****_mata...huahau!!

MiSs iiMa said...

mmg lately sy pun sedih je..baca poem tu pun mcm tekena nasib sndiri..hehe winter blues sindrom kot..