Thursday, November 29, 2007

Pedih itu pada memiliki

Last night I was reading Abg Has' blog about a father struggling to accept the fate of his son. [I suspect that the son is terminally ill ].

I've been struggling for months now utk meredakan pedih di dada ni. Tetiba baru aku sedar, pedih perit and jerih ini rupanya hanya pada yang memiliki ... dan kita manusia sebenarnya tidak layak memiliki apa pun.

Ini doa aku mlm tadi:

"Wahai Tuhan yang memiliki segala sesuatu, ini hamba-Mu yg fakir lagi miskin dtg merayu ke sisi Mu...

Wahai Tuhan ku, betapa miskinnya aku ... sehinggakan tangan yang aku tadah ini pun milik-Mu, hati yang sebak ini juga milik-Mu, rasa pedih rindu yang mengunyah2 jiwa ku ini juga milik-Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Kaya, aku pinta kepada Mu seperti pintanya seorang yg tak berpunya. Jika ada belas ihsan Mu untuk meminjamkan ku barang sekelumit tenang, barang secarik sayang, maka kepada Mu aku bersujud.... namun jika takdir mu untuk aku terus begini, maka adalah selayaknya hamba Mu ini tidak menerima barang apa pun.

Sesungguhnya Engkau lah yang memiliki segala sesuatu dan tidak lah layak untuk hamba Mu ini memiliki apa pun. Ampunkan aku wahai Tuhan kerana kurang memahami Mu"

... betapa miskinnya aku, titis airmata di pipi ini juga pun bukan milik ku

1 comment:

Anonymous said...

mmm
bes jgak doa nih
huhu..nk pnjm la nnt
hihi