Monday, November 26, 2007

Repost from 2001

9 Jan 2001

Today, at Laman MAP, i saw this one girl asking about what she should do becasue she got B instaed of A in Arabic (and all the rest is A). Well, I write to her about my story. Sorry it's in Malay :

Assalamualaikum

Dear adik sad_gurl

Di sini ingin saya ceritakan sedikit anekdot untuk adik. Saya sendiri adalah seorang pelajar sekolah agama (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh). Semasa PMR (ketika itu dipanggil SRP...boy, am I old :)) saya sendiri tidak mendapat A1 atau A2 dalam bahasa Arab (pelajaran lain ok, BA aje spoil :( ).Akibatnya, saya telah tidak dapat untuk ke sekolah berasrama penuh seperti KISAS atau SMAP Labu (my dream school at the time).

Oleh kerana itu saya telah meneruskan pengajian di aliran Sains di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (Sekolah Taayah ialah sekolah perempuan, namun saya terpaksa ke sana kerana tiada kelas sains di sekolah izzuddin shah, namun asrama saya tetap di sekolah izzuddin shah) , sedangkan banyak kawan-kawan saya yang menjelajah ke SMAP dan KISAS. Apa boleh buat, tengok aje la.

Saya berasa amat sedih sekali, apatah lagi, akademik saya bukanlah buruk sangat, cuma C3 dalam bahasa Arab, yang lain A1, apakah mereka tak boleh buat pengecualian. Luka saya makin berdarah bila saya terdengar dari rakan-rakan bahawa ada juga pelajar yang dapat C3 dalam BA tapi masih dapat ke SMAP.

Terkadang saya bertanya, kenapa agaknya Tuhan letak aku di sini? Kenapa tak ke SMAP? Bagaimanakah masa depan saya agaknya? Ya lah, kalau di asrama penuh, selalunya, masa depan cerah. Apatah lagi gurunya cukup, kelengkapan sekolah canggih. Di Izuddin/Taayah, PC pon tak lengkap, tak cukup. Adakah saya mampu kenal apa itu komputer? apa itu internet? apa itu network?

Pada ketika itu saya berasa amat bodoh dan takkan berjaya. Kesedihan saya berpanjangan hingga ke Ramadhan '93. Namun, yang mengubah segalanya, bukan lah banyak, cuma sekeping kad hari raya dari seorang guru bernama Cekgu Umi.

Cekgu Umi adalah guru fizik saya ketika itu, one of my favourite teacher. Saya menghantar kad hari raya untuk Cekgu Umi seperti biasa, namun saya tidak mengharapkan balasan. Ya lah, kalau seorang guru itu mengajar 5 kelas dan mendapat 50 kad raya, hendak balas satu-satu, memang agak mustahil. Namun, tahun ini, buat pertama kalinya, sorang guru membalas kad raya saya. Kad Cekgu Umi berwarna hijau, simple. Di dalamnya tertulis harapan seorang guru agar anak didik nya berjaya.

Saya agak tersentak ketika itu kerana saya sudah hampir putus harapan kerana tidak diterima ke SMAP, putus harapan untuk berjaya, putus harapan untuk terus ke university, dan nah, tiba-tiba, seorang guru masih mengharapkan kejayaan saya.

Kenapa saya putus harapan sedangkan ada orang lain yang masih mengharapkan kejayaan saya?

Sejak hari itu, saya telah menukar arah. Tidak lagi sedih, tidak lagi menyesal. Saya teruskan pelajaran, dan nah, hari ini, saya berjaya meneruskan pelajaran diperingakt masters dalam information system engineering di Perancis biayaan Telekom Malaysia.

Kad Cekgu Umi saya simpan sampai ke hari ini. Menjadi inspirasi saya setiap kali kegagalan menimpa.

Selalu juga saya tanyakan kepada diri saya, kalau lah saya ke SMAP, apakah saya akan terima sebuah kad hijau dari Cekgu Umi? Sudah tentu tidak.

Jadi untuk adik, janganlah menyesali takdir Tuhan, tiap-tiap kejadiannya adalah untuk kebaikan adik juga. Mungkin bukan hari ini, tapi suatu hari nanti :)

Terima Kasih Cekgu Umi :)

No comments: