Jeritan
======
Kalau masih belum lagi aku jeritkan
Segala jerih dan pedih hati ini
Maka dengarkan lah wahai Tuhan
Jeritanku ini
Yang hanya mampu aku teriakkan
dengan saratnya seeping hati
dengan panasnya sang air mata
dengan gelengan gelengan sepi seorang hamba
Yang sesebak mana pun hatinya
Belum mampu lagi menjerit
Kerana sudah tentunya
Manusia disekitarnya akan bersahaja menyuruhnya diam
Pendamkan sahaja perit itu
Biar ia memamah meratah barang secebis senyum yang masih boleh diukir
Apakah tiada lembah yang mahu mendengar cerita ku ini
Apakah tiada lagi gunung yang mampu ku teriakkan rasa yang membungkamkan hati
Mujur lah, Engkau wahai Tuhan
Maha Mendengar segala derita, jerih perih, perit sedih sang hati ini
Aku tahu bahawa siapalah aku untuk kau peduli
Namun aku sudah putus harap dengan manusia
putus harap dengan perkasa sang gunung
putus harap dengan luas sang lembah
Aku kini hanya ada Engkau
Terimalah aku wahai Tuhan dengan segala hati yang membungkam gelap dengan derita ini
Tidak kupinta selain barang cebis cebis dari redha Mu
Agar sekurang kurangnya
Putuslah beban hati yang tidak lagi ku tertanggung ini
Subscribe to:
Posts (Atom)